Monday, 6 January 2014

Pusara Cinta

Bicara madu
Dari alis bibirmu
Tatkala aku dibuai rindu
Dan sendu pun berlalu
Dengan hilai tawa merdu
Ohh manisnya tika itu..

Namun...benar kata orang
Langit tak sentiasa cerah
Laut bukan sentiasa tenang
Bunga pun tetap layu jua
Hati tidak selamanya setia.

Malam sunyi tanpa bulan
Bulan merajuk tanpa bintang
Bintang merindui kias kejora
Kejora menanti mentari tiba
Mentari tenggelam dalam gerhana.

Begitulah jua hatiku
Yang dilanda lara
Bagai dihiris sembilu
Pedih hati nan luka
Kerana cinta manusia

Walaupun hubungan ini terbina kian lama
Hanya memerlukan satu detik
Untuk merobohkan semuanya
Tinggal cuma sisa-sisa
Dari tapak sejarah cinta
Saat kita bersama

Kenangan kita
Akan kuabadikan sejahtera
Moga suatu masa nanti
Kau akan tiba
Dan terlihat
PUSARA CINTA kita berdua .


~epy~

No comments:

Post a Comment