Natrah atau Huberdina Maria Hertogh (Bertha Hertogh) dilahirkan
pada 24 March 1937 dari sebuah keluarga Belanda beragama Kristian Roman
Katholik dan ketika itu dia sekeluarga menetap dan tinggal di Tjimahi berdekatan
dengan Bandung. Bapanya ialah Sarjan Adrianus Petrus Hertogh datang ke tanah
Jawa pada tahun 1920 sebagai sarjan dalam Royal Netherlands East Indies Army
dan telah berkahwin dengan Adeline Hunter seorang wanita Eurasian (kacukan
Scottish dan juga keturunan Melayu Jawa) sekitar awal tahun 1930an.
Apabila
perang dunia kedua meletus, Sarjan Hertogh telah di tangkap oleh pihak Jepun
dan di tahan dalam tahanan pihak tentera Jepun sehinggalah pada tahun 1945. Ada
sumber mengatakan sarjan ini telah di hantar untuk membuat landasan keretapi.
Manakala isterinya Adeline Hertogh pula tinggal dengan ibu kandungnya Nor
Louise bersama dengan 5 anaknya yang lain. Natrah adalah anak yang ke tiga
dalam 5 adik beradik itu.
Pada 29
Disember 1942 Adeline Hertogh melahirkan anak yang ke enam seorang anak lelaki
dan Bertha diserahkan kepada Che Aminah Mohamad atau Mak Minah, seorang peniaga
kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu untuk dipelihara. Usia
Bertha ketika itu 5 tahun. Ibunya, Adeline dan neneknya Nor Louisenya
menyerahkan Bertha dan Benny kepada Mak Minah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan
Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Selepas itu Bertha
diberi nama Natrah (Nadra Maarof) dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Pada
tahun 1945 Natrah di bawa pulang ke Kemaman Terengganu oleh Che Aminah, dan
dalam perjalanan tersebut muka Natrah terpaksa di gelapkan dengan menggunakan
arang agar orang Jawa tidak perasan kehadiran orang kulit putih di sisi Che
Aminah.
Dalam
tahun yang sama, bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan
Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa bersama
isterinya Adeline untuk mencari semula anaknya. Bagaimanapun mereka gagal
menemui anak mereka dan akhirnya balik ke Belanda. Namun usaha mencari
diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
Pada penghujung 1949, Nadra dan ibu angkatnya berjaya dikesan. Puan Aminah
telah berjaya 'dipujuk' untuk membawa Nadra ke Singapura bagi tujuan berbincang
dengan konsulat Belanda.
Awal 1950, Konsulat Belanda menawarkan
sejumlah wang kepada Puan Aminah sebagai pampasan menjaga Nadra selama 8 tahun.
Tetapi Puan Aminah menolak. Selepas itu, konsulat belanda membawa kes itu ke
mahkamah pada April 1950. Perbicaraan berlangsung di Singapura. Pusingan awal
menyaksikan kemenangan di pihak ibu bapa Nadra, dan Nadra dipisahkan secara
paksa daripada ibu angkatnya Puan Aminah. Dikatakan Nadra sangat bersedih
apabila terpaksa berpisah dengan ibu angkatnya.
Pada Julai 1950, rayuan kes tersebut
memberi kemenangan kepada Puan Aminah. Nadra kembali ke pangkuan ibu angkatnya.
Tidak lama selepas itu, Nadra dikahwinkan dengan Mansoor Adabi, seorang guru
pada usia 13 tahun manakala suaminya pula berusia 22 tahun secara Islam. Perkahwinan
itu diharapkan akan menyelamatkan Nadra, tetapi sebaliknya ibu bapa Nadra terus
membawa kes itu sekali lagi ke mahkamah.
Walau bagaimanapun, mereka telah dibicarakan bawah undang-undang sivil
Inggeris.Perkahwinan Nadra dengan Mansoor Adabi dibatalkan dengan
alasan mengikut undang2 negara asal ibu bapanya (Belanda) yang hanya
membenarkan perkahwinan anak setelah anak berumur 16 tahun. Ketika itu Nadra
berusia 13 tahun.
Dan, keputusan yg nyata ada sentimen 'berat
sebelah' juga akhirnya telah memihak kepada kedua ibu bapa Nadra dan mahkamah
telah memutuskan hak penjagaan Nadra dikembalikan kepada kedua ibu bapa
asalnya.
Kes Nadra itu telah mendapat perhatian
seluruh negara dan juga mendapat simpati daripada masyarakat islam merata dunia
termasuk dari Indonesia, Pakistan, Rangoon dan juga Arab Saudi. Kes yang pada
dasarnya berhubung hak penjagaan seorang anak menjadi begitu istimewa kerana ia
melibatkan akidah seorang muslim. Pertentangan antara Islam dan Kristian. Umat
Islam ketika itu bersatu kerana mempertahankan akidah seorang muslim.
Mana-mana
warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran
padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di
Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung
selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membendung
keganasan merebak.
Begitu sekali sensitifnya
saudara-saudara seIslam kita pada masa tu. Dan betapa kuatnya semangat untuk
mempertahankan akidah saudara kita.
Itulah sejarah yg telah terpahat di
negara kita lebih kurang 60 thn yg lalu.... Ia pasti berulang...dan akan tetap
berulang... Cerita berkaitan akidah umat islam yg seringkali di bawa ke
mahkamah seperti kes Nadra ini juga telah pun berulang kali berlaku. Tetapi
semangat umat Islam hari ini tidak seperti dahulu...
# Natrah @
Maria Hertogh meninggal dunia pada 9 Julai 2009 di Huijbergen, Belanda ketika
berusia 72 tahun.
| Natrah |
| Maria Hertogh |
Natrah - Handy Black
Kejatuhan si perawan di Kota Temasek
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......
Hadirannya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...
Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan
Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......
Hadirannya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...
Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan
Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....



No comments:
Post a Comment