Wednesday, 28 November 2012

Rohingya Di Bumi Berdarah














Semalam yang berlalu tidak mungkin kan kembali,
Disebalik titian waktu ada ceritera menyayat hati,
Ditengah kerancakan mentari memancar cahaya,
Terlindung awan hitam menyimpan segala sengketa,
Di hujung langit sebuah desa di barat Burma.

Kisah satu bangsa di daerah Arakan,
Yang menjadi pelarian mencari perlindungan,
Melindungi diri dari segala ancaman,
Daripada pemangsa yang bersifat durjana.
Di bumi amarah belantara berdarah.

Wahai kaum Rohingya,
Hanya kerana nama pada agama,
Si adam diseksa hingga bercerai nyawa,
Si hawa dirobek lantas tersingkap purdahnya,,
Anak kecil melalak mencari si ibu dan bapa,
Namun yang tinggal hanyalah sukujur tubuh di atas pusara tak bernama.

Rohingya,
Entah apa yang dibenci oleh Rakhine,
Hingga mereka memburumu sekalipun ke lubang cacing,
Teduhanmu dibakar, halkummu dikelar, kesucianmu dicalar,
Kebebasanmu diragut, keamananmu disentap kuat,
Kehidupanmu berserabut, perjalanan hidupmu dihambat.

Tatkala orang lain sedang bergembira,
Engkau pula entah bagaimana nasibnya,
Tatkala insan lain ketawa menghapus duka,
Airmatamu mengalir membasahi muka,
Bergelora jiwa bagai kejora tanpa cahaya.




~epy, 21.10.2012. Tg. Malim~



Monday, 26 November 2012

Maaf



Maafkan aku..
hati ini penuh khilaf,
Diri ini sukar dimaaf,
Air mata yang kau alirkan penuh makna,
Senyuman yang kau ukirkan penuh rahsia,
Kerna kau menyimpan sejuta rasa,
Rasa yang terpendam sebalik sengketa.


Maaf…
Andai ada kekasaran yang terjadi,
Andai kemarahan ini menguasai diri,
Semua itu untuk kesejahteraan,
Kesempurnaan yang selalu diimpikan,
Pelengkap hidupku wahai teman.

Maafkan aku…
Nukilan kisah kita sekadar meniti bibir,
Akhirnya tersungkur di tepian tubir,
Hanyut dibawa ombak menyelusuri pesisir,
Akhirnya tertimbus di bawah timbunan pasir,
Menutupi segenap ruang hati butir demi butir.

Maaf…
Suaramu yang lembut tidak lagi bersahut,
Lirikan tajam matamu tidak lagi ku terpaut,
Lambaian tanganmu tidak lagi kelihatan,
Tatkala kita mula terpisah mencari haluan,
Ke jalan diberkahi dan diredhai Tuhan.




Sunday, 25 November 2012

Janjiku Demi Kebahagiaanmu




Aku berjanji
Aku pasti melupakanmu
Aku tidak pernah mengenalimu
Tidak pernah bersua tidak pernah bersama
Ya…aku berjanji

 
Lupakanlah segala kenangan
Hapuskanlah segala pemberian
Kerna telah buatmu kecewa
Buatmu terluka buatmu menderita.



Saat hati ini cuba merawat parahmu
Tidak sedikitpun kau hargai
Malah kau mula membenci
Duri kata-katamu menghiris perasaan
Tertusuk dalam diam terpendam.

Namun aku telah berjanji
Aku pasti melupakanmu
Aku tidak pernah mengenalimu
Tidak pernah bersua tidak pernah bersama
Ya…aku berjanji

Saturday, 24 November 2012

Jejak Nakhoda di Lautan Silam
















Takdir  telah tertulis…yang kita akan bertemu
Takdir juga yang menentukan perpisahan yang berlaku
Pada dirimu yang telah berlayar jauh
Terlerai kini ikatan yang dahulunya teguh
Dibawah runtuhan kenangan gelora silam

Mungkinkah bisa kau memilikku ?
Sedangkan tidak kau mengerti daku
Tatkala kau bergembira nun di sana
Kau tinggalkan daku berteman sepi
Meniti  rindu di lubuk sanubari

Sepiku menjelma bagai ombak di lautan
Membadai pantai tanpa ketepian
Dirimu umpama sampan hanyut
Kemudi hilang tujuan tiada berpaut
Meninggalkanku ditelan gelombang ribut

Gelombang tidak selamanya begitu
dikala aku sudah ketemu nakhoda harapan
Bisa meluruskan jejak langkahku
Mengharungi arus samudera impian
Bersama mengharung  dugaan berliku
Kenangan pahit kutinggalkan
Ditelan camar kelaparan
Hanyut bersama pasir di perut lautan.

Sunday, 30 September 2012

Erti Kemerdekaan




Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?

Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?

Rimba tanpa sempadan
atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
‘kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak’
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
‘runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi’

dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan

Perjuangan ini mesti diteruskan............. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Di atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya

















Demikian gema gempita semangat Merdeka
Kuasa sudah pada kita

Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata
Yang menyelusuri zaman Merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan pertanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan timbunan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka
pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtunan haloba
Segalanya mereka rempuh
Menganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat Merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Dengan ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan
Melodi ceritera yang sungguh
mengasyikkan
Kata mereka: Takkan Melayu hilang di
dunia
Sambil menggigit jari jemari
Merekapun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka
Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan dijawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tidak selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir
Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa
Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putera negara
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Di mercu ini kita zahirkan seni budaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih - indah - tertib - teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka ........ 





Tun Dr. Mahathir Mohamad

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina


Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan


Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga


Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
........................Dr. Mahathir Mohamad  (Mei 1996)

MELAYU MUDAH LUPA

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa


Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa


Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa


Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah


Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
............Tun Dr. Mahathir Mohamad

Saat Cinta Itu Tiba


Kuberikan bintang padamu seorang
Sbagai satu tanda rasa hati
Bintang yang terindah yang tak pernah pudar 
Dan slalu setia menemani
Uoo...iee...uoo...iee 2x


Kuberikan bintang padamu seorang
Sbagai satu tanda rasa hati
Bintang yang terindah yang tak pernah pudar 
Dan slalu setia menemani
Uoo...iee...uoo...iee 2x


Sperti kupu-kupu yang berwarna-warni
Indah kurasakan saat ini
Hasratku mengalir menyejukkan
Yakin cinta suci kan abadi


Mungkin saat ini aku sedang bermimpi
Tuk coba lalui semua jalan yang penuh
Bunga...semerbak

Sperti kupu-kupu yang berwarna-warni 
Indah kurasakan saat ini
Hasratku mengalir menyejukkan
Yakin cinta suci kan abadi


Smoga kau mengerti arti bintang yang kuberi
Hingga kita dapat lalui jalan yang penuh..
Bunga... bersama
Uoo...iee...uoo...iee

Thursday, 27 September 2012

OFFICIAL VIDEO 'Teman Pengganti'

Black & Malique-Teman Pengganti 


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Tuesday, 25 September 2012

Gravity - Kecundang



                               Susila -  Merpati Keasingan


Sedingin salju cinta seputih awan
kita berterik panas hujan
ketika itu harapan di ambangan
kasih dan sayang

suka duka kita rasai
penawar segala
kau dan aku merpati
seiring sinar mentari
kau dan aku merpati
terbang sejoli

Sebentar tadi kita 
mengejar pelangi
hampir terbenam di tabir senja
terlalu leka di pelukan mimpi 
malam menjelma

tinggallah aku sendirian
merpati keasingan
ku cari mana berada
ku kehilangan

aku merpati keasingan
mencari bayangan
pergimu tanpa ucapan
aku kesepian

ke mana
di mana
tak ku temui

sehingga putih aku pun kelai gelita
hanya berteman airmata
secangkir bisa membisakan kita
kau ku nanti

Monday, 24 September 2012

Darjat Kasih Sayang

Tatkala roh mula ditiup lembut,
Jisim yang berongga kini hidup,
Terbentuklah sekujur tubuh,
Jasmani rohani bersifat kudus,
Terbit ke alam saujana berkabus.

Apabila lahirnya makhluk,
kasih dan sayang mula terpaut,
hadirnya dari lubuk hati yang paling dalam,
terselit di naluri yang kuat terpendam,
pelengkap kejadian ciptaan Tuhan.

Kasih Sayang
Hadirnya tak mengira tempat,
Tak mengira darjat Tak mengira pangkat,
Tak mengira jauh tak mengira dekat,
Kasih sayang bukan hanya pada insan,
Tapi pada semua ciptaan,
Pada kawan pada teman,
Pada alam pada tumbuhan,
pada haiwan pada binatang.

Wahai insan,
Tidak bersyukurkah dikau akan hadirmu,
Dicelahan dunia yang serba kaku,
Menyaksikan tingkah laku buntu,
Dek sifat rakus dan dungu,
Kasih sayang kau siakan,
Tersingkap hasad perasaan dendam,
Nyawa ibarat mainan,
Bagaikan peluru dihujung senapang,
Pabila tidak engkau perlukan,
Kau buang kau bunuh dengan kejam,
Insan tak berdosa jadi mangsa,
Manusia lemah kau jadikan hamba,
Dimanakah letaknya kasih sayangmu ?
Kemana hilangnya kemanusiaanmu ?

Cuba kau renung pada haiwan,
Punyai kasih yang amat kuat,
Sayang mereka berpadu erat,
Walaupun diri didampingi jerat,
Mereka muafakat mereka kuat mereka hebat.

Mengapa manusia tidak mengerti ?
Tak menghargai kasih sayang yang diberi,
Mengapa kasih sayang digadai ?
Bukankah mereka sang cerdik pandai,

Apa beza manusia dan haiwan ?
Filantropi dijajah benak yang kelam
Dimana beza manusia dan binatang ?
Hanya pada akal fikiran,

Marilah sahabat wahai teman ,
sama-sama kita fikir dan kita renungkan.
Kasih sayang darjat manusia dan haiwan.  



epy ~ :
30/8/2012 – 14.25 p.m

NATRAH - Jeritan Tak Bersuara di Kota Temasik

~ Satu kisah berkaitan seorang perempuan bernama NATRAH atau HUBERDINA MARIA HERTOGH.



Natrah atau Huberdina Maria Hertogh (Bertha Hertogh) dilahirkan pada 24 March 1937 dari sebuah keluarga Belanda beragama Kristian Roman Katholik dan ketika itu dia sekeluarga menetap dan tinggal di Tjimahi berdekatan dengan Bandung. Bapanya ialah Sarjan Adrianus Petrus Hertogh datang ke tanah Jawa pada tahun 1920 sebagai sarjan dalam Royal Netherlands East Indies Army dan telah berkahwin dengan Adeline Hunter seorang wanita Eurasian (kacukan Scottish dan juga keturunan Melayu Jawa) sekitar awal tahun 1930an.

Apabila perang dunia kedua meletus, Sarjan Hertogh telah di tangkap oleh pihak Jepun dan di tahan dalam tahanan pihak tentera Jepun sehinggalah pada tahun 1945. Ada sumber mengatakan sarjan ini telah di hantar untuk membuat landasan keretapi. Manakala isterinya Adeline Hertogh pula tinggal dengan ibu kandungnya Nor Louise bersama dengan 5 anaknya yang lain. Natrah adalah anak yang ke tiga dalam 5 adik beradik itu. 

Pada 29 Disember 1942 Adeline Hertogh melahirkan anak yang ke enam seorang anak lelaki dan Bertha diserahkan kepada Che Aminah Mohamad atau Mak Minah, seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu untuk dipelihara. Usia Bertha ketika itu 5 tahun. Ibunya, Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Mak Minah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Selepas itu Bertha diberi nama Natrah (Nadra Maarof) dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Pada tahun 1945 Natrah di bawa pulang ke Kemaman Terengganu oleh Che Aminah, dan dalam perjalanan tersebut muka Natrah terpaksa di gelapkan dengan menggunakan arang agar orang Jawa tidak perasan kehadiran orang kulit putih di sisi Che Aminah.

Dalam tahun yang sama, bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa bersama isterinya Adeline untuk mencari semula anaknya. Bagaimanapun mereka gagal menemui anak mereka dan akhirnya balik ke Belanda. Namun usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda. Pada penghujung 1949, Nadra dan ibu angkatnya berjaya dikesan. Puan Aminah telah berjaya 'dipujuk' untuk membawa Nadra ke Singapura bagi tujuan berbincang dengan konsulat Belanda.

Awal 1950, Konsulat Belanda menawarkan sejumlah wang kepada Puan Aminah sebagai pampasan menjaga Nadra selama 8 tahun. Tetapi Puan Aminah menolak. Selepas itu, konsulat belanda membawa kes itu ke mahkamah pada April 1950. Perbicaraan berlangsung di Singapura. Pusingan awal menyaksikan kemenangan di pihak ibu bapa Nadra, dan Nadra dipisahkan secara paksa daripada ibu angkatnya Puan Aminah. Dikatakan Nadra sangat bersedih apabila terpaksa berpisah dengan ibu angkatnya.

Pada Julai 1950, rayuan kes tersebut memberi kemenangan kepada Puan Aminah. Nadra kembali ke pangkuan ibu angkatnya. Tidak lama selepas itu, Nadra dikahwinkan dengan Mansoor Adabi, seorang guru pada usia 13 tahun manakala suaminya pula berusia 22 tahun secara Islam. Perkahwinan itu diharapkan akan menyelamatkan Nadra, tetapi sebaliknya ibu bapa Nadra terus membawa kes itu sekali lagi ke mahkamah.



Walau bagaimanapun, mereka telah dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.Perkahwinan Nadra dengan Mansoor Adabi dibatalkan dengan alasan mengikut undang2 negara asal ibu bapanya (Belanda) yang hanya membenarkan perkahwinan anak setelah anak berumur 16 tahun. Ketika itu Nadra berusia 13 tahun.
Dan, keputusan yg nyata ada sentimen 'berat sebelah' juga akhirnya telah memihak kepada kedua ibu bapa Nadra dan mahkamah telah memutuskan hak penjagaan Nadra dikembalikan kepada kedua ibu bapa asalnya.

Kes Nadra itu telah mendapat perhatian seluruh negara dan juga mendapat simpati daripada masyarakat islam merata dunia termasuk dari Indonesia, Pakistan, Rangoon dan juga Arab Saudi. Kes yang pada dasarnya berhubung hak penjagaan seorang anak menjadi begitu istimewa kerana ia melibatkan akidah seorang muslim. Pertentangan antara Islam dan Kristian. Umat Islam ketika itu bersatu kerana mempertahankan akidah seorang muslim.

Ekoran daripada keputusan yg memihak kepada ibu bapa Nadra yg asal telah membangkitkan kemarahan orang Islam khususnya sehingga mencetuskan Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 1950 kerana pertembungan antara dua agama iaitu Islam - Kristian dan dua budaya iaitu Barat – Timur serta telah  mengorbankan 18 nyawa dan hampir 200 orang yang cedera.  
Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membendung keganasan merebak. 



 Begitu sekali sensitifnya saudara-saudara seIslam kita pada masa tu. Dan betapa kuatnya semangat untuk mempertahankan akidah saudara kita.
Itulah sejarah yg telah terpahat di negara kita lebih kurang 60 thn yg lalu.... Ia pasti berulang...dan akan tetap berulang... Cerita berkaitan akidah umat islam yg seringkali di bawa ke mahkamah seperti kes Nadra ini juga telah pun berulang kali berlaku. Tetapi semangat umat Islam hari ini tidak seperti dahulu...



# Natrah @ Maria Hertogh meninggal dunia pada 9 Julai 2009 di Huijbergen, Belanda ketika berusia 72 tahun.



Natrah

Maria Hertogh








Natrah - Handy Black



Kejatuhan si perawan di Kota Temasek
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......

Hadirannya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...

Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan

Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti

Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....