Thursday, 5 July 2012

Medan Permainan ~

Bismillah diucap tanda permulaan kalam,
Salam dihulur ucapan pendahuluan,
Dari Selatan aku datang ingin mulakan perkenalan,
Harap kalian sudi jadikan aku teman sepermainan.

Sudah lama aku perhatikan gerak-geri,
Ada yang merangkak berjalan dan berlari,
Tak lupa pada yang berdansa sambil menari, menyanyi,
Gelak gempita tenggelamkan rasa sunyi.

Dari atas hingga ke bawah aku perhatikan,
Ada yang tunjuk muka ada juga yang jadi bayang,
Tersimpan rahsia disebalik raut wajah,
Bukan menyombong mungkin tak mahu bermegah,

Kata dilontar seakan mahu menikam,
Ayat membakar terus menerus menghentam,
Biar tak punya tujuan tak punya sasaran,
Entah siapa kawan mahupun lawan,
Bedilan peluru sewenang-wenang dilepaskan.

Bila terkena ada mula menjerit,
Dalam diri tersimpanlah rasa sakit,
Terbujur terbaring di lereng bukit,
Terus bertahan walau tak bisa bangkit.